Archive for June, 2006

DI ANTARA KITA….

Di antara kitaPERLU ada –DIA…kerna Dia yang menganugerahkan ‘pertemuan’ kita..tanpa Dia, seluruh kehidupan tiada makna..ini kan pula dalam ‘jalinan’ kita…tak boleh tiada Dia…Dia lah penghubung kita…walau jarak beribu batu memisahkan kita, Dia mengalunkan gelombang bisikan hati-hati kita…membuatkan kita merasa ‘jauh tapi dekat’…Dia sandaran harapan kita…walau terkadang antara kita ada yang terlalai, Dia mengingatkan kita antara satu sama lain…Dia menyampaikan alunan doa bisikan seorang sahabat buat sahabat tercinta….Dia lah Yang Utama…tak kira sekuat mana jalinan kita…Dia tetap ‘rujukan jua sandaran’ kita…selama-lamanya….

Di antara kita…telah bertahun lama…terbinanya suatu jalinan, kerna di situ hadirnya kejujuran…tanpa kejujuran tak mungkin antara kita ada ketelusan…bila hilangnya ketelusan manakan di cari erti kepercayaan antara teman…tanpa bunga kepercayaan, tak kan selamanya ada buah kesetiaan dalam pohon suatu jalinan…. Kejujuran, ketelusan, kepercayaan dan kesetiaan mampu memberi erti kekuatan pada sekeping hati yang lemah…semua itu ‘aset’ paling berharga bagi hati ini demi ‘jalinan’ bererti anugerah Ilahi…kan ku pertahankan semua ini, demi mencari erti keikhlasan sekeping hati dalam mensyukuri nikmat kasih murni, fitrah suci buat insani…

Di antara kita…perlukah ada dia..?..hadir orang ketiga…mengguris parut luka lama…pedih terasa menanggung derita… ‘pengorbanan’ lalu kusemat erat di dada…pengalaman terluka menggamit kenangan antara kita…menitiskan mutiara saban ketika sujud ini menghadap-Mu Ilahi…terdayakah hati ini menerima ‘gugusan pisang’ yang mungkin kan berbuah kedua kali..?…yang pasti…luka ini kian berdarah kembali…tiada daya lagikan usaha demi menyuburkan lagi bunga yang sedari bijihnya ku semai lagi pelihara…dan kesekian kali, pada-Mu segalanya ku berserah…ku bulatkan tawakal demi ‘teguhnya pohonan jalinan’ yang selama ini Kau sokongkan buat dua hati yang terlalu menyayangi-Mu, Ar-Rahman…

Di antara kita jua…tak mungkin hadir lagi ‘jiwa’ kasih dan sayang jika tiada lagi huluran kemaafan…dan tak mungkin erat lagi jalinan kita jika antara kita mengharapkan kesempurnaan insan…segalanya sanggup ku korbankan walau jua pada perpisahan kita yang menanti di hadapan…hanya satu….demi kebahagiaanmu, teman…

Teguhkan hati lemah ini, Ya Rahman….

Comments (2) »

MENGAPA…??

Hmm….ntah kenape hati terase berdebar nak balik kolej..aku cuba mengelak..tapi kdg, semput dibuatnye…maklumlah,jantung yang berdebar perlukan lebih tenaga utk pam oksigen..tarik nafas pjg2…huh!!..

Risau…?? resah..??..tanggungjawab…amanah…study..exam..result..??..ya Allah..segalanya menantiku di sana…apa persediaan hati ini..?..

Tika hati diulit resah gelisah…Kau tambah lagi ‘ujian’ itu..tatkala terdengar kegembiraan rakan taulan jua sahabat handai menikmati percutian dan segala pengalaman di ‘negara orang’…hatiku sendu..ya Allah…rasa hati ini hanya Kau yg tahu..manusia mmg tak pernah puas..sentiasa menginginkan apa yg tiada, namun tak pernah menghargai apa yang ada…mengapa..??

Mengapa aku tak dapat rasai kegembiraan itu?…mengapa waktu ‘mereka’ banyak dihabiskan dengan hilai tawa?..gurau senda..??.sedang diri ini tak punya waktu walau untuk diri sendiri…?..terkadang, hati meronta..inginkan segala…ya Rahman..ya Rahim…

Mengapa timbul rasa begini?..AstaghfiruLLAHal’azim…

Ampunkan dosaku ya Ilahi…diri ini jarang mensyukuri….

Alhamdulillah…doa kupanjat demi-Mu ya Rabbi..ku tak lupa diri ini hanya hamba dhaif-Mu…hati yang resah mulai tenang…apa yg Dia janjikan di hadapan adalah yg terbaik utk hidupku..terkdg, bila hati resahkan keduniaan, bagai hilang walau sekelumit rasa kesyukuran dan keyakinan pada janji Dia yg sentiasa di sisiku saban waktu…ya Allah, ampunkan aku…diri ini lalai pada nikmat-Mu ..nikmat dikala suka dan duka..

Walau tiap saat hidup ‘mereka’ penuh hilai tawa dan gurau senda…aku kan bersyukur…kerna dalam persinggahan sekejap ini, Kau beri aku peluang merasai erti suatu ‘perjuangan’…yg tak pernah kenal erti kesenangan…walau suka dan gembira terpaksaku korbankan…aku rela..

Walau biar tiada lagi erti suka, selesa dan ketawa…aku kan tabah menerima.. segalanya janji-Mu jua…Kau penentu segalanya…oh Tuhan.. Kau yang Maha Mendengar…thabatkan hati ini agar sentiasa ’setia’ pada lorong ini…teguhkan pendirian jua ‘kedudukan’ ku dalam ‘barisan’ pejuang-pejuang agama-Mu…walau kepahitan yang melintang, aku kan cuba menghadapinya kerna ku yakin Kau sentiasa di sisiku, walau terkadang, aku lupa pada-Mu..ampunkan aku…

Kesenangan, keselesaan dan kegembiraan yang ada hari ini hanyalah sekejap cuma…tak terbanding nilainya dengan kemanisan kasih sayang jua redha-Mu di daerah sana…kerna itulah yang lebih bermakna…

Ya Allah…Kau lindung dan peliharalah hati ini jua hati ‘dia di sana’…insan yang menjadi ‘asbab’ pada ‘perkenalanku’ terhadap erti pengorbanan dan perjuangan demi deen-Mu yang tercinta…aminn…

No comment »

ALHAMDULILLAH…

Tirai senja yang berlabuh, membawa bersamanya tabir gelap malam ini..cahaya purnama yang menyuluh…bagai menemani sayu hati yang sepi…sunyi sendiri…

Terpandang aku pada potret famili yang tergantung di sudut kamarku..satu persatu wajah kuamati…mengisi kekosongan hati ini..entah kenapa hati ini terlalu sunyi…ku pandang wajah bersih abah dan mak..kedut di wajah kalian samar sekali..terasa sayu hati mengenang segala jerih pedih yang kalian lalui demi membesarkan kami 7 beradik..ketegasan seiring kelembutan menjadikan kami manusia berguna hari ini…mak abah,jasa kalian kami sanjungi…kasih sayang kalian kami syukuri..kebahagiaan yang kita kecapi hasil usaha kalian menongkah arus kehidupan menjadi azimat anak2 ini demi membina generasi penyambung zuriat kalian suatu hari nanti…insyaAllah…

Pandanganku beralih pada wajah comel si kecil,Amni…dialah penawar hati kami sefamili..kehadirannya memberi sinar keceriaan pada kami..keletahnya yang pelbagai buat kami tak kering gusi..terkadang,hilang sebentar sunyi ini tatkala aku sibuk melayan Amni..dia jua pengubat luka hati ini..tenangnya hati menatap wajah bersih yang belum terpalit noda jua dosa…

Along…telah 3tahun berlalu kau bergelar ‘nakhoda’ pada sebuah kapal yang belayar..pelayaran dalam bahtera demi mengharungi badai kehidupan..bila terkenang sifat dan peribadimu yang saling tak tumpah seorang insan bujang,kerisauan menerjah hati ini…kau belum matang dalam mengurus segala rencah di atas kapal..hanya doa kupanjatkan demi segala pedoman jua pembimbing agar kau jua segala isi bahteramu takkan terumbang ambing..moga kau peroleh petunjuk ke arah kematangan jua ketaqwaan seorang pemimpin..

Angah..kaulah satu2nya…insan bergelar kakak,jua kadang merangkap ‘teman’ku dikala aku memerlukan..kau punya cita2 tinggi…kau bakal berkhidmat untuk pertiwi..prinsipmu ku sanjungi…pendirian tegasmu ku contohi..kau teladan buat kami…jiwa murnimu,kesetiaan jua pengorbananmu azimat buatku dalam meneruskan sebuah hubungan bergelar ‘persahabatan’…kau mengajarku erti ketabahan,jua kesabaran..redha menerima qadha dan qadar Tuhan…tiap tika doaku mengiringi perjuanganmu…moga kau beroleh petunjuk jua kekuatan demi memahami dan mendalami keluasan ‘kehidupan’…

Ahh…Una…kalian adik2ku yg rapat..ku panjatkan kesyukuran kehadrat-Mu Tuhan…tatkala melihat perubahan yang menyejukkan mata yang memandang..Ya ALLAH..terima kasih atas anugerah-Mu memberi Una peluang merasai tarbiyah di bumi Wakafan..nasihatku agar  ‘jangan hanya ingin mencari ilmu dunia,malah beserta akhirat’ sebelum dia mengatur langkah tidak disia-siakannya..kali ini pertama kali dia pulang melepaskan kerinduan…Alhamdulillah…mengalir air mata pabila melihat dia istiqamah..Al-Maathurat dan Al-Mulk tidak ditinggalkan..malah dia selesa keluar dengan stokin kaki dan lengan…bertambah sejuk hatiku tatkala dia ‘mampu’ berdakwah jua merubah peribadi kakaknya,Nadzirah(Ahh)…Ahh juga sudah mula berstokin kaki dan lengan…Al-Maathurat jua tidak ketinggalan..Ya ALLAH..terima kasih…Kau meniup semangatku agar tidak lemah dalam perjuangan ini…Kau memberi aku kawan dalam mengharungi mehnah jua halangan dalam mewujudkan satu biah solehah dalam keluarga…Kau pengubat segala kekecewaanku selama ini..Kaulah segalanya dihati ini…Ya ALLAH..Kaulah penentu segalanya..titipkanlah kemesraan dihati2 kami..Kau berilah kekuatan agar kami mampu istiqamah dalam menyempurnakan ketaatan terhadap segala syariatMu…

Naimah dan Najmi…kalian masih muda…mungkin terlalu awal bagi kalian mengenal erti ranjau duri kehidupan…namun kusyukuri,kecemerlangan kalian dalam pelajaran menghilangkan kerisauan hati mak abah jua abang dan kakak…kalianlah racun jua penawar bagi kami…tanpa kalian,sunyilah keluarga ini…ya Allah,Kau lembutkanlah hati mereka agar menjadi anak yang soleh jua solehah demi menunaikan harapan setiap insan bergelar ibu dan ayah…

Ya Allah..ku syukuri..segala yang Kau aturkan terlalu seni dan murni…segalanya terlalu bermakna buat diri ini..dimana kan ku cari sebuah keluarga sebahagia ini buat pengganti..? ya Allah..ampunkan dosa hambaMu ini..kerna kelalaian jua kealpaanku atas segala nikmat yang Kau kurniakan sejak azali..ya Sami’,Kau perkenankan doa kami agar kebahagiaan yang kami kecapi berpanjangan hingga ke akhirnya..Kau berikanlah kami petunjuk ke arah jalan yang kau redhai..jua berilah kami kekuatan dalam menunaikan kewajipan dalam mentaati perintahMu,ya Rabbul Jalil…

Comments (1) »