Archive for January, 2007

DUSTA DAN PERCAYA….

Dusta…Percaya…dua kata berlainan makna…

Mungkin tiada kaitan tapi boleh bersangkutan…sukar utk percaya pada sesuatu yang bersifat dusta…namun, mana kan hadir percaya jika kita mempercayai dusta…

Apa yang ada pada DUSTA..?? keseronokan…? kegembiraan..?? dan pastinya KEPUASAN pada pendusta…i guess…

Apa pula istimewanya PERCAYA..??! ia asas dan permulaan segalanya..kejujuran…ketelusan..jua KEBENARAN…paling penting…titik tolak sebuah jalinan PERSAHABATAN…kita punya ramai kawan…rakan..tapi tak semua rakan taulan atau kawan boleh bergelar sahabat jua teman…bezanya hanya pada percaya….or mungkin banyak lagi…tapi kerna PERCAYA…kita dapat berkongsi segalanya pada insan yang kita gelar SAHABAT jua TEMAN…

Apa erti persahabatan  jika tiada percaya..??

Tersimpul lagi kah IKATAN jika PERCAYA dibalas DUSTA..??.bak susu yang diberi, tuba yang dibalas….

Teguh lagikah tiang PERCAYA jika pepasirnya dihakis ombak DUSTA..?

Erat lagikah ukhuwwah FiLLAH jika hati berpaling dari seruan ILAH..?

Siapa punya jawapan semua ini…?..ku tak pasti…

Entah kenapa saat ini…hati terpanggil mencoret sesuatu yang tersimpan jauh dalam hati…ku sendiri tak pasti kenapa diri ini turut ‘terseret’ dalam konflik dua hati…tapi ku yakini…tiap ketentuan-Nya terselit pelbagai hikmah yang tak akan sia-sia pada diri jua kehidupan ini…

Kadang aku tertanya…mengapa perlu ade dusta dalam hubungan dua hati yang insyaAllah bersandarkan cinta Ilahi…??aku tak pasti..jika sandarannya cinta Ilahi..tak mungkin terselit sifat yang jauh dari kemurnian sifat mahmudah…namun, aku akui…manusia tak lari dari kesilapan jua kelemahan….

Terkadang, kita cenderung melakukan sesuatu demi kepentingan peribadi…kita tak peduli pada perasaan orang yang pernah hadir dalam diari hidup ini…segalanya demi mencari kepuasan dalam diri…menceritakan konon diri punya segala kelebihan jua budi pekerti yang tinggi…

Apa yang kite peroleh jika kasih dan sayang yang kita terima hanya berasaskan kepura-puraan dan dusta semata…??Cinta..kasih dan sayang bersifat murni..tak mungkin hadir dalam diri yang tidak mengakui kelemahan sendiri…egois..hipokrit… NauzubiLLAHiminzalik…hindarkan aku dari segala sifat itu ya Rabbi…

Terkilan diri ini menyaksikan pendustaan pada dua hati yang mempercayai..seorang sahabat dan kekasih…

Apa dayaku untuk menyingkap dan membongkar segala cerita dusta.??..diri ini tiada daya…walau ku tahu kebenarannya…ku tak sanggup melihat sekeping hati seorang kekasih yang menyayangi kecewa pada hubungan yang dianggapnya tulus dan murni…sedang hakikatnya…dia sedang didusta…

Jua tak mampu ku melihat sekeping hati seorang sahabat yang selama ini penuh percaya pada sahabatnya itu hilang dan musnah sama sekali…sekali kita hilang percaya…sukar untuk dibina semula segalanya sejak mula….

Biarlah semua ini berlalu…ku doa hati yang berdusta kan sedar…akan erti kebenaran..kejujuran dan ketelusan dalam suatu hubungan…

Kasih dan sayang yang hadir biarlah bersandar pada ketulusan hati satu sama lain menerima diri kita seadanya…mensyukuri segala kelebihan dan meraikan segala kekurangan…siapa kita dulu dan masa akan datang bukan pengukur ketulusan cinta sejati..tapi siapa kita pada hari ini dan masa sekarang penentu kasih sayang antara teman…

Semoga diri ini lebih menghayati erti kasih sayang…dan menghindari pendustaan…kerna tiap dusta yang disembunyikan..tetap kan terbongkar…mungkin bukan di dunia ini..tapi pastinya di akhirat nanti…insyaALLAH….

Ampunkan diri ini ya ALLAH..

No comment »

NIKMAT YANG SERING DILALAIKAN…

    Seringkali ku dengar tazkirah ini…ada 2 nikmat yg sering dilalaikan oleh insan iaitu SIHAT DAN LAPANG….mungkin tak siapa menduga..sihat tue suatu nikmat paling berharga…insan, mmg pelupa…waktu kite sihat, jarang kita ingat pd Allah…pemberi segala kenikmatan yang bersifat sementara…tapi…waktu kita sakit….bibir tak henti menyebut ALLAH…kalimah itu paling mudah disebut…doa tak henti2 ditadah..pada siapa lagi kita meminta, selain Dia, tempat kembali jua PEMBERI segalanya…
Ampunkan aku Ya Rabb…ku sering alpa…Kau disisiku tiap saat, namun, sering ku lupa ‘kehadiranMu’ sehingga diri terasa perlu…lalu Kau ku seru…AstaghfirULLAHal’azim…

   Coretanku kali ini bukanlah ttg ketinggian nilai sihat…tapi hati terpanggil mencoret secebis rasa jauh di sudut hati ini ttg erti lapang….

   Sem baru bermula, hampir 2 minggu kuliah berjalan…namun alhamduliLLAH…bebanan kerja pengkuliahan belum menggamit aku…namun, hidupku tak bererti tanpa gerak kerja demi dakwah…sepanjang cuti, otak tak henti berfikir tentang urusan dan amanah yang terpikul di bahu…tarikh program makin dekat…banyak yang belum aku settlekan…tak menang tangan jika semuanya aku tanggung seorang…alhamdulilILLAH…ada sahabat2 membantu..tanpa kalian, terkontang kanting diri seorang…

   Almost tiap petang, aku stay back kat fakulti sbb ade meeting…kadang rase penat sgt…balik kolej jalan sorang2…kadang rase takut jugak sbb byk kes ragut, rogol…n everything yg seram kalo aku fikirkan…tapi ape lg daya aku?…selain terpaksa meredah senja seorg diri…kene berfikiran positif n beranikan diri..plg penting TAWAKAL pd Dia yg MAHA MELINDUNGI…dulu…ade teman di sisi….tapi skrg, jarang org nampak aku berdua…ke mana pun, seorang….walau kadang aku sunyi…tapi hidup kadang tak menjanjikan banyak pilihan….aku pasrah…

   Setibanya aku di pintu rumah (apartment kolej), housemet dgn perihal masing2…tak seorg pon peduli kepulanganku…kdg, diorg bergurau senda bersama, ber ‘diskusi’ ttg mcm2 perkara…tp jarang pedulikan diri nie…terasa diri ini asing di kalangan diorg…walau diri di tengah ramai…hakikatnya, aku tetap SEORANG….mungkin ada yg peduli…tapi jarang memahami hati…

   Bila malam…hati resah gelisah…. otak ligat fikirkan segala mcm yg perlu aku buat utk selesaikan sgl urusan program…contact ramai org utk itu..ini..n everything…kdg, planning utk study terpaksa aku batalkan sbb kepala dah pening…masa pon xbyk…badan pon menuntut hak utk rehat…tika diri yang seorg ‘bz’ dan pening sendiri…ku terpandang rakan2 di ruang rumah…gelak ketawa..bergurau senda…mengisi masa yg ‘sgt lapang’ dgn aktiviti yang menggembirakan…tgk vcd…n mcm2 lagi…terkdg, hati cemburu…
“banyaknya masa korang….main game..tgk cd….teringin aku nak join…tp…beban amanah nie…sape yg faham?…”…dalam hati tertanya… “kenape korg tak study?…sdg aku, tercuri2 masa utk study…tak byk ms nak layan sgl kehendak hati…

   UJIAN…semua ni ‘cabaran’ getir dalam diri nie…bila kita punya banyak masa…kita jarang menghargainya…tapi bila kita kesuntukan masa..segalanya serba tak kena…inilah nikmat yang jarang kita syukuri kehadirannya…Alhamdulillah Allah sebukkan diri ini dengan segala amanah dakwah…sekurang-kurangnya masa aku ‘lebih terisi’ dengan ’sesuatu’..walau kadang penat menerjah…walau kadang tak punya masa untuk diri sendiri…aku perlu sedar….masa, diri, dan juga segala isi dunia ini bukan milik mutlak diri seorang hamba…tapi milik-Nya jua yang bergelar Pencipta….biarlah hiburan hati ini bersama sahabat sefikrah yang sentiasa bersama dalam jalan dakwah…walau  mungkin hiburan kami tak menyeronokkan  spt org lain…walau hiburan kami pada pahit getir perjuangan demi Deen yg tertinggi…tapi itu lebih bermakna pada pandangan –Nya, kerna hanya kasih dan sayang jua redha-Nya yang didamba…insyaAllah…

   Ya ALLAH…terima kasih kerana Kau beri aku peluang ‘mengisi’ masa lapang yg Kau beri, dgn kerja dakwah demi Islam….walau sukar jalan ini…walau sunyi yang aku lalui…aku tetap redha..kerna hanya ini jalan TERBAIK menuju redhaMu di dunia ini jua akhirat nanti…walau diri tak punya siapa di sisi….walau tiada lagi hati yang akan memahami….Kau tetap di sanubari…teguhkan hati ini agar sentiasa thabat dan istiqamah dalam jalan dakwah….terimalah niat suci jua sekelumit usaha murni dari sekeping hati anugerahMu Ilahi…demi ISLAM yang ku sanjung tinggi…

Dalam diri yang seorang….teringat aku pada bait dan lirik lagu ini…
Buat SAHABAT seperjuangan…jua TEMAN di sisi yang sentiasa memahami…hadir kalian anugerah tak ternilai…doaku mengiringi kalian moga kita sentiasa dalam lindungan jua peliharaan Ar-Rahman…aminn….

DUNIA YANG SEPI

ALANGKAH SUSAH MENDAPAT KAWAN
BUKAN KENALAN DIZAMAN INI
BERPUNCA DARI HATI YANG ROSAK
KERANA DUNIA MEMAUTNYA….

ALANGKAH SUSAH MENCARI KAWAN           
KEBAIKAN KITA DISOROKNYA
BAHKAN DIDENGKINYA PULA
KEJAHATAN DICANANG MERATA…..

SALAH YANG SIKIT DIBESARKAN
YANG BESAR APATAH LAGI…
ALANGKAH SEPI DUNIA INI
WALAUPUN HIDUP DI TENGAH RAMAI…

KERANA KAWAN TIADA LAGI
YANG ADA HANYALAH DI JALANAN….

p/s:lagu ni mungkin simple…tiada yang menarik pada bait2nye…tapi jika dihayati…tersirat 1001 makna mendalam…tangkap nangis..huhu…moge kite sentiasa dapat koreksi diri menjadi sahabat yang lebih baik dan terbaik..insyaAllah…


Img_0446_1

sahabat…

dulu..kini…

dan selamanya…..

No comment »