Archive for March, 2007

SIAPA KITA..? LAYAKKAH KITA..?…

2

Saat ini…hati terasa sayu…mengenangkan kalian..sahabat handai…dulu, kini dan selamanya…tersingkap segala memori lalu…tika kita bersama, mengharung segala onak duri dalam perjalanan bergelar kehidupan…suatu masa dulu, jarang ku hadapi segala kesulitan dalam pertalian bernama persahabatan…mungkin saat dulu, jalinan erat terhubung bersama kalian yang memahami hati jua keadaan diri…namun, tidak selamanya diri kan disenangi… tidak selamanya diri kita disayangi…ku pasrah pada segala ketentuanMu Rabbi..Kau yang lebih berhak pada segala pemilik hati…

Tika ini jua..terkenang aku pada hakikat sebuah persahabatan…apa yang perlu ada dalam sebuah jalinan suci bernama persahabatan..? Selama ini, jarang ku temui mereka yang mengkhianati..jarang ku berdepan dengan mereka yang sanggup menyakiti…namun, ku terima seadanya…apa yang kulalui ketentuan dariNya jua yang punya segala hikmah untuk ku pelajari demi mematangkan diri…

Sahabat….ingin ku lontarkan segala persoalan jauh di lubuk hati ini…terkadang tidak sanggup ku hadapi segalanya…apa dayaku untuk menolak segala cacian jua prasangka orang..? apa dayaku untuk melahirkan bibit kemaafan di hati kalian..?

Sahabat…siapa kita untuk menghukum seseorang..? fitrah kejadian insan…tiada yang lebih sempurna melainkan Tuhan…ku akui, diri pernah melakukan kesalahan…diri pernah menyakiti kalian…ku akui segalanya kerna ku sedari diri ini tidak pernah lepas dari kelemahan jua kekurangan…Namun, ingin ku bertanya…siapakah kita untuk terus menghukum seseorang atas kesilapan yang pernah dilakukan?…terkadang…kita tuntas menghukum…menaruh segala prasangka…kerana kita nampak kekurangan orang… namun, pernahkah kita koreksi hati sendiri…kita jua pernah melakukan kesalahan…dan setiap kesalahan…pasti terampun tika hati thabat mengungkat kalimah taubat…. sedang Nabi ampunkan umat…inikan pula kita yang tidak lari dari melakukan kesalahan…hulurkan kemaafan..kembalikan kemesraan…eratkan kembali suatu jalinan…

Sahabat…..siapa kita untuk membenci seseorang..? fitrah kejadian insan…tiada yang lebih mulia melainkan Tuhan….tika hati kita merasakan benci pada seseorang… pernahkah hadir kesedaran bahawa hakikat diri kita ini hina…? tidak salah kite membenci sikap buruk seseorang…tapi perlu hadir kesedaran untuk kita iktibarkan diri dari sikap itu, agar ia tidak menjadi sebahagian dari akhlak kita….namun sahabat…layakkah diri kita yang hina untuk membenci org lain..? siapa kita untuk membenci..? NauzubiLLAHi minzalik…

Sahabat….siapa jua kita untuk memandang rendah pada diri seseorang..? Layakkah kita memandang rendah diri orang lain yang mungkin hakikatnya punya kelebihan mengatasi diri kita..? tanggapan kita tuntas berbolak balik dan bias…pada kelebihan jua kelemahan seseorang…tika kelebihannya kita sanjungi…pastinya ia akan hilang tika ia terpalit walau sedikit cacat dek kelemahan jua kesalahan yang dilakukan….namun, wajarkah kita hilangkan segala kebaikan orang pada kita kerna sedikit keburukan yang telah dilakukannya..?..sempurna sangatkah diri kita untuk menghukum mereka sebegitu rupa..?..Tepuklah dada..tanyalah hati yang sering menilai….namun, penilaian hakiki, hanya pada hati yang sering tunduk di telapak Ilahi….hati yang memandang dunia dengan pandangan mensyukuri segala kelebihan jua meraikan dan meredhai segala kekurangan….

Sahabat….siapa kita untuk mencari kelemahan dan kekurangan diri seseorang…? Layakkah kita menghakimi seseorang hanya pada kelebihan?…wajar juakah kita menghukiminya hanya pada kelemahan..? kita sering menghukum seseorang kerana kesalahannya yang terlalu jijik di mata kita, persis diri kita ini terlalu sempurna dan mulia…sedarilah diri jua hati…hanya Dia yang lebih layak untuk menghakimi…

Sahabat….lapangkanlah hati…kerana ia serendah-rendah ukhuwwah yang bersemi… bukalah hati untuk memaafi…kerna akan hadir seribu satu keindahan yang menanti…terimalah seseorang yang hadir dalam kehidupan ini seadanya dia…kelebihannya kita syukuri, kekurangannya kita rai dan redhai….itu lebih bererti kerana hakikat diri kita yang tidak layak membenci jua menghakimi….

Sepuluh jari kususun…demi memohon ampun jua maaf atas segala kesalahan dan kekurangan diri…diri ini tidak pernah sempurna…kerna itulah…kekurangan tiap insan ku terima seadanya….jua ku pohon, agar kalian sahabat handai…dapat menerima diri ini seadanya ciptaan Ilahi…moga segala yang berlaku menjadi azimat untuk kita lebih memperbaiki kelemahan diri, menjadikan kita insan yang lebih matang jua lebih baik dari hari ini…ameen ya Rabbal ‘alamin….

Comments (2) »

SAHABAT…APA YANG ADA PADA KESIBUKAN DUNIAWI..??

Jam tepat 10.40malam..aku baru balik dari kuliah fiqh kat kolej…alhamdulillah.. pengisiannye best..memberi kesan dalam hati…mungkin disebabkan pentazkirahnye yg tenang mata jua hati memandang…dalam hati teringin memiliki wajah jua akhlak seindah ustazah tadi…yg lebih kami kenali sbg ’kak teh’…apa yg tersirat di ’dalam’, akan refleks pada apa yang tersurat di ’luar’…

Sejernih wajah yang dipandang…sejuk hati yang memandang…lahir dari keutamaan segala pandangan…itulah PANDANGAN ALLAH…letaknya jauh di lubuk hati yang suci murni…Ya Allah…sucikan hati ini..bersihkan jiwa ini…

Namun, sepjg berada dlm ’taman syurga’ tadi..aku terkenang sahabat2 di rumah…mesej dah aku hantar bgtau ade kuliah fiqh mlm nie…dgn harapan semua akan dtg..mesej lisan pon aku dah buat…bgtau sorg sahabat…minx sumer turun…tapi harapan aku musnah…kelibat diorg aku xnampak…

Ya Allah..pelihara hati ini dari sifat ujub jua bangga diri..aku akui..kesibukan aku jua sahabat secourse mmg semakin menekan dari sehari ke sehari…dgn tesis..exam yang semakin dekat…dgn info tesis yg tak jumpe2…mcm2 masalah…kalo bagi kertas A4, xcukup nak list  down sumer masalah…tapi tu sumer depends pada diri yang menerima.. kalau berat..beratlah segalanya…kalau ditangani dengan hati yang bersyukur dgn nikmat senang jua susah..insyaAllah… Dia akan bantu kita…

Sahabat…apa lagi daya diri ini untuk bersama2 kalian menghadapi susah jua senang…?? bila diri ini tiada bersama tika kalian bersantap, berborak bersama… menghabiskan masa gembira bergelak ketawa…kalian berkata, diri ini tidak pernah menunaikan hak sahabat…tika diri ini keseorangan mencari ketenangan walau pada suntuknya masa demi santapan rohani diri jua amanah pada Deen tertinggi…diri ini dituduh mementingkan diri..segalanya ku terima demi proaktifnya diri…tapi mampukah hati ini berdepan bila segala ajakan ke majlis ilmu..di ’tolak’ dengan ’kesenyapan’ jua diam dari kalian..?? bukan hak diri ini yang dituntut..tapi cukuplah hak pada diri kalian, ditunaikan…segala alasan boleh kite beri…sebuk dgn tesis…xde duit nak naik teksi..nanti xde mase nak study…everything…! cukuplah..kesibukan dunia ni hanya ujian utk diuji sejauh mana iman dalam hati mampu mengingati Dia dlm lapang jua suntuk..

Takde mase nak buat tesis…tapi boleh pulak kite main games…tgk cite2 yang xbg manfaat pon pd hati..xde duit nak naik teksi pegi majlis ilmu…tapi boleh pulak kite shopping ape yg tak perlu…ape lagi?..senaraikanlah segala alasan…tapi sblm beralasan..tanye dulu iman dalam hati…jgn tanye nafsu yang menguasai…

Terase sdeh dlm hati bila terkadang, tiada teman untuk ke majlis ilmu…menangis iman di dalam hati..bukan kerna niat tak kesampaian…tapi kerna tiada sahabat yang boleh melayan…segala ilmu tersedia..xperlu susah payah membuat kertas kerja…tapi jika hati tidak mahu mencari selautan ’kemanisan’ dari setitis ’kepahitan’…terpulanglah  pada diri yang punya hati….

Buat mereka yang bergelar sahabat..ini saja titipan dari hati yang xmampu berdepan dengan keadaan…hati yang tak kuat menerima segala alasan… semua ni jua peringatan buat diri yang terlalu hina ini..diri yang takkan sempurna…

Sahabat…hidup nie hanya sementara..kalau kesibukan dunia yang kita utamakan…apa lagi yang boleh kita dapat selain kepenatan jua ketidakpuasan…tiada yang lebih penting dari ketenangan dalam ketaatan….biarlah diri kita sibuk..tapi santapan rohani, jangan kita abaikan..kerna ia juga punya hak yang perlu kita tunaikan…sedikit masa yang kita peruntukkan untuk Dia, insyaAllah akan dibalas dengan kelapangan yang tak akan disangka2…Ya Allah…cukuplah ketenangan yang Kau beri dalam kesibukan menghadapi segala tekanan duniawi…

Ya Rabbi..beri kekuatan pada kami untuk mensyukuri nikmatMu, untuk sentiasa mengingatiMu, jua menunaikan kebaikan dalam beribadah kepadaMu….

Sekadar perkongsian..kata2 dari seorang kakak yang disayangi FILLAH…. Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita dengan berbagai bentuk  ujian..namun,tautan ukhuwwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan,memberi  suntikan semangat perjuangan…alirkan halawatul ukhuwwah, melalui RABITAH HATI…syukran jazilan buat kak Ony..kerna sentiase disisi tika hati ini memerlukan teman dan sahabat untuk memahami…special dedication nie..=)

            Ya Rabb…ampunkan diri ini…AstaghfiruLLAHal’azim..

Comments (1) »