Archive for May, 2007

SYUKURILAH DIRIMU SEADANYA…

Image040_1Alhamdulillah sehingga saat dan tika ini, ku masih diberi kesempatan menikmati segala nikmat kurniaan Ilahi..jua nikmat teragung, Iman dan Islam….

Entah kenapa kebelakangan ini, seakan hadir konflik dalam diri ini…terkadang aku sendiri tidak memahaminya…yang ku pasti, hati ini tidak tenteram seperti biasa…ku cuba koreksi diri sejak bermulanya cuti baru-baru ini…dalam tak sedar, hampir sebulan aku berada di rumah, dan sudah hampir 3 minggu aku ‘bekerja’…namun, bukan itu puncanya hati ini hilang tenangnya…

Mungkin juga terasa hati ini kosong..rohani ini seakan ‘lapar’ meminta-minta disuapkan…ku cuba atasi rasa kekosongan itu dengan mewajibkan diri membaca sekurang2nya satu tazkirah sehari…namun, mungkin jiwa ini perlukan lebih dari itu…hati ini rindu untuk mengadu dan merintih di kala hening pagi…di kala semua mata terpejam, enak dalam mimpi indah…ku rindu menitiskan air mata menyatakan rindu padaMu ya Rabb…

Apakah sekadar kesibukan harian menjadi alasan untukku mengelak istiqamah dalam amalan..??…apakah kepenatan seharian menjadi penghalang taqarrub hamba ini tenang dalam ketaatan..?? ya Rabbi…ampunkan diri ini….ku jauh…rindu ini semakin jauh…=(

Entah kenapa jua, hati ini semakin sensitif… aku tuntas membandingkan segala kelebihan orang lain berbanding diri ini…lantas menjadikan aku rendah diri…terasa ‘down’ memikirkan segala kekurangan diri…mengapa ini yang aku rasai…?? Mengapa tidak aku jadikan semua itu cabaran dan dorongan untuk aku lebih maju seperti orang lain..??…mengapa..??

Ku tak pasti…terkadang, aku akui, aku tak mampu menjadi seperti orang lain…mantap dan punyai kekuatan sendiri dalam ‘hidup seorang pejuang’… aku tak mampu memberi manfaat sebanyak mungkin pada orang di sekelilingku…tamsilan diriku hanya seorang insan yang punyai banyak kekurangan… aku hanya mampu menjadi seperti aku hari ini…uhhhhh~….

Terkadang, bila melihat orang lain punyai ramai kawan dan dikenali ramai kerna pelbagai kelebihan, aku terasa sesuatu….sesuatu yang membuatkan diri ini rasa terlalu rendah…adakah kerana cemburu..??…ku mula membandingkan diriku dengan orang lain..uhhh~..kenapa aku rasa semua ini..?? kenapa hati ini sarat dengan perasaan..? perasaan yang tidak ku undang…malah lebih menyakitkan…

Tanpa ku sedar, perasaan ini membawa aku menyingkap segala memori silam…memori yang tidak pernah ku pinta…memori tika diri ini dikenali…menjadi ‘hot stuff’…itu pun di bumi wakafan…bumi penuh kesucian…namun tika saat itu, bukan kegembiraan menjadi keutamaan…bukan kebanggaan yang merajai perasaan…kerna segalanya adalah terlarang…ku masih ingat, betapa hati merintih menangisi nasib diri ketika itu…apa salah yang aku buat hingga pernah nama ini terpalit pada senarai disiplin..??…apa silap yang aku lakukan hingga pernah diri berhadapan ustaz tergarang..??…uhhh~ segalanya memori…sekurang2nya, aku pernah menyelami perasaan ‘dikenali’ dan punyai ramai kawan di sisi…tapi itu semua bukan kepuasan hidupku..malah melenyapkan ketenangan yang pernah aku kecapi di bumi itu….

Namun, alhamdulillah…rupanya semua itu adalah ‘bekalan’ paling bermakna buat diri hina ini setelah melangkah ke dunia reality…walau pernah orang memanggil aku ‘peruntuh tarbiyah’…tapi hari ini, aku ingin buktikan, segala tarbiyah di bumi itu, terlalu terkesan dalam diri aku…tak mungkin ku lenyapkan ia semudah sangkaan…terima kasih Allah…atas segala ketentuan….

Dan saat ini…aku tak pasti..aku keliru dengan perasaan sendiri…Nem, apa yang ada pada pandangan manusia..?? apa yang dikejar pada segala nikmat dan kelebihan dunia…biar setinggi gunung kelebihan seseorang…tapi harga TAQWA yang menjadi nilaian Nya…

Pandangan mata manusia banyak yang dusta..namun, pandangan hakiki hanya pada hati…yang sujud di telapak Ilahi….

Apa yang dikesal pada kekurangan diri..?? hakikatnya itu juga pemberian Ilahi…syukuri dirimu seadanya…majukan dirimu sedayanya…pandanglah pada mereka yang kurang bernasib baik berbanding dirimu….itu lebih menyedarkan hati, pada erti syukur jua tawadu’ pada Dia Yang Maha Memberi….

Biar mungkin diri tak punya apa-apa…cukuplah pakaian IMAN dan TAQWA menghiasi jua menjadi penyeri diri jua akhlakmu…itu lebih mengundang tenteram jua tenang jauh di lubuk hati suci yang tawadu’ pada segala pemberian Ilahi….

Teringat aku pada seuntai madah jua tazkirah dari seorang insan yang menghargai kemuliaan diri seorang muslimah… ia mengingatkan aku tika diri terlalai..mengajar aku lebih menghargai kejadian diri sendiri …ia menjadi azimat, sebagai penguat jua perisai diri pada segala fitnah dunia, terhadap seorang muslimah…. syukran ‘ala kulli haal…

Kak, yang juga saya kenal sebagai seorang mujahidah agama..

Jadikanlah malu itu pakaian yang membaluti jiwamu, yang langsung menghijab dirimu sentiasa hangat dalam ketaatan..

Buatmu Mujahidah Agama,
Akhlak seorang pejuang agama yang sentiasa mengintai dicelahan redup naungan REDHANYA yang Maha Luas, sentiasa berhati2, penuh teliti andai timbulnya fitnah buat dirinya, jua bimbang andai perhambaanNya dipandang enteng oleh Dia Sang Pencipta..

Dirimu, kuntuman MAWAR, Syauqah Wardah buat Mujahid Agama..

Gembiralah hati, tenanglah jiwa dengan kurnia yang melimpah, hidup dalam tarbiyyah, subur dalam biah solehah.. Tanda dirimu penuh duri, terjaga penuh rapi..

Maka jadikanlah kalimah ‘SYUKUR’ pelengkap pakaian jiwamu..

Salam Ikhlas Perjuangan Ummah..
Buat sekuntum Syauqah Wardah Ad-Deen,
Haneem

No comment »

LAFAZKU YANG TERSIMPAN…

Sayu hati ini tatkala mendengar keasyikan lunak suara UNIC mendendangkan lagu ini… Bait kata yang tersurat, memberi makna penuh tersirat…

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

    Basah pipiku saat ini, dihujani butiran mutiara putih bersih, tika benakku mengenangkan suatu peristiwa yang mengulit hati jua sanubari…pernah ku katakan pada seorang sahabat, lirik lagu ini terlalu bermakna buatku, makna yang tersirat dapat dilihat jua tersurat pada diri ini…kerna hakikat diri ini, jarang sekali melafaz kata ‘SAYANG’ pada diri seorang insan, penuh jasa, pengorbanan jua kasih dan sayang… sedari kecil ku di tatang bagai minyak yang penuh…dialah IBUNDAKU tercinta.. tiada kasih jua cinta sesama manusia setanding cinta seorang ibu pada anaknya…kerna cinta ini adalah cinta tanpa syarat…yang menyuratkan tingginya nilai sifat Ar-Rahim..

    Namun, coretanku kali ini, bukan berkisarkan apa yang tersirat jua tersurat…tapi pada suatu hikmahNya yang menyedarkan aku tentang erti kasih sayang…

Dalam aku tak sedar, sudah hampir seminggu kesihatanku terganggu..entah dgn siapa aku berjangkit demam selsema…dari gerangan adik2 di rumah atau staff nurse di dispensary, tempat praktikalku sehari-hari…tapi ‘ujian’ Nya itu ku terima dengan redha…sepanjang 5 bulan ini, hampir setiap bulan aku pernah demam…sedangkan tahun-tahun kebelakangan itu, tahap keimunanku lebih tinggi berbanding sekarang…tak apalah..semuanya ku terima, sebagai kafarah dosa-dosa diri yang sering lalai ini…

    Namun, kelmarin…pening kepalaku semakin menjadi-jadi…sepanjang hari bekerja, aku sakit kepala…mungkin sbb demam selsema dan cuaca yg sgt panas kebelakangan ini..tambahan pulak, majority ruangan di hospital berhawa dingin…di luar yg sgt panas, dengan di dalam yg sgt sejuk…menyebabkan keadaan kesihatanku makin tak menentu…setibanya di rumah, selepas solat maghrib, aku makan sebiji ‘Carinox’ dengan panadol…planning utk terus tidur je slps isyak…namun alhamdulillah, selepas solat isyak, ku dapati peningku serta merta hilang…panas badan pun mula berkurang…ku bersyukur, mungkin dengan asbab ubat tadi, ALLAH kurniakan aku kesegaran malam itu…segalanya dgn izinNya jua…namun…aku berasa ‘sesuatu’…suatu detikan dalam hati…yang aku sendiri tak faham…yg pasti, aku agak pelik dgn keadaanku…selesai shj solat, aku rasa ringan seperti hilang suatu beban berat di kepala tika sujudku menghadapNya… terus ku tukar planning utk tidur, dgn menyambung tesisku yang belum selesai…

    Jam di dinding menunjukkan pukul 11.15…aku makin khusyuk membaca jurnal..adikku pula di suatu sudut melayari internet…sedang yang lain, enak dibuai mimpi indah…tiba-tiba….ku terdengar pintu bilik belakang terbuka…atuk keluar dengan keadaan yang agak tak terurus..jarang ku lihat rambut atuk yang hakikatnya hampir tiada, kerna sepanjang masa, atuk selesa mengenakan serkup di kepala….tapi tika itu, atuk dalam keadaan separuh sedar…atuk ke dapur dengan langkah yang terhuyung hayang… atuk boleh berjalan sendirian, tapi dalam byk keadaan, dia perlukan sesuatu utk dipegang sebagai sokongan…

Img_0080_1

Aku pelik memerhati gelagat atuk… “Tok nak pi mana?..” aku bertanya. Atok tak dengar…ku ulangi pertanyaan.. “Tok nak pi mana..?”.. “ Dapoq..nak cari periuk, nak letak ubat nyamuk..” jawab atuk dengan nada yang agak tinggi…terkejut jugak aku dengar suara atuk…paling aku terkejut dan pelik…atuk nak cari periuk utk letak ubat nyamuk, sedangkan di rumahku, jarang menggunakan ubat nyamuk lingkaran..just spray ‘ridsect’ atau mortein di suis elektrik…

    Aku dengan Ahh saling memandang….kami mendekati atuk yang dah jumpe 1 besen yang disangkanya periuk… “ Tok, mana ada ubat nyamuk lingkar kat umah ni…nak letak apa dalam besen nie?.” Ahh pula bertanya… “ Tok tau la…tok selalu letak kotak ubat nyamuk kat bawah katil tue…tok nak bakaq sikit ja ubat nyamuk…”…aku dengan Ahh makin sangsi..sejak bila pulak atuk letak ubat nyamuk bawah katil bilik tu?…mcm2 persoalan mula ligat bermain di fikiranku…

    Aku mula mengesyaki, atuk mengigau…mungkin dia menyangka dia masih berada di rumahnya di Tualang… “Tok, tok kat ghumah kami, kepala bataih…bukan kat tualang..” aku cuba meyakin dan menyedarkan atuk dari lamunannya… “ Dak aih..tok taula tok kat mana..tok kan kat ghumah tok..hampa baghu mai tadi…”…aduss….pening kepala aku…Atuk memang sedang mengigau..dan mengigaunya kali ini sgt teruk…Dia boleh berjalan dan tak sedar apa yg dicakapkannya…

    Aku dan Ahh cuba menyedarkan atok, tapi gagal…dia tetap berkeras dengan pendiriannya… dia masuk bilik, cari ubat nyamuk yang pada kebiasaannya di letakkan di bwh katilnya di rumah…bila tak jumpa, di carinya pulak torchlight….bwh bantal…jugak tak jumpa…aduss… “Macamana nak buat ni ahh?..” aku dan Ahh mengejutkan abah dan mak bila keadaan memori atok makin kronik…kali ini, dia nak kunci pintu… “ Jom tok nak kunci pintu…hampa nak balik dah satgi..tok nak kunci semua pintu…takut pencuri masuk…”…kata atok sambil menuju ke pintu depan rumah…

    Abah yang terkejut melihat gelagat atok cuba menyedarkan atok….atok mula sedar, tapi beberapa saat kemudian, dia kembali terlupa keadaan sekelilingnya…dia terlupa dia berada di mana, berapa hari dia ‘stay’ di rumah kami, dan lupa segalanya… yang diulanginya beberapa kali, “ Jom, mak nak kunci pintu…” dia bercakap pada abah… “ Mak dah kunci pintu bilik ayaq, dapoq, semua dah…nak tunggu kunci pintu ni ja, lepaih hampa semua balik…” Dia masih menyangka dia berada di rumahnya…

    Ya ALLAH….abah, mak, aku dan ahh buntu melihat keadaan atok…ingatannya hilang langsung…kejap datang, kejap hilang…bila dikata dia mengigau, atok melawan… “ Mana ada mak mengigau”..akhirnya, setelah dipujuk banyak kali, atok setuju utk tidur, itu pon setelah melihat pintu dikunci oleh abah…

    Tapi…5 minit selepas itu, atok bangun semula dan menuju ke pintu…hampir 3 kali dia berkelakuan yang sama…segala kata2 kami tidak dipedulikannya…bila dia mula sedar yang dia sedang mengigau…dia kata dia pening dan tak tahu apa yang jadi…saat itulah, ku lihat wajah abah sebak…ku menyelami perasaan abah…hati mana tidak sebak melihat ibu yang disayangi mula hilang ingatannya hari demi hari….dan malam itu, ingatan atok lebih teruk dari biasa…sebelum ini, atok memang sering lupa…terkadang, bosan juga melayan soalannya yang sama hampir 3 kali dalam jangkamasa tidak sampai 10 minit…memang menguji kesabaran…

    Dan malam itu, penyelesaiannya, aku tidur bersama atok…kerna atok kata dia takut…ini semua mungkin kerana atok fobia disebabkan peristiwa pencuri memecah masuk rumahnya suatu masa dulu…sejak itu, atok sering meracau dan menjerit waktu tidur…terkadang, sehingga dia semput…kesian atok…gangguan jiwa ditambah dengan masa yang memakan usia, dia semakin hari semakin uzur…

    Jam di dinding sudah pukul 1.00 pagi…itu pon dengan bersusah payah memujuk atok tidur..aku hanya kesian melihat abah dan mak yang letih..lalu menyuruh mereka tidur..dan berjanji menguruskan atok sedaya kemampuanku…tika itulah, aku tersedar akan detikan hatiku selepas solat isyak mlm itu, baruku sedar, mungkin ‘kesegaran’ yang Allah kurniakan secara tiba2 itu, untuk ‘menemani’ atok malam itu…jika ku tidur slps solat, pastinya tidak dapat ku lihat ‘hikmah’ yang ALLAH selitkan dalam apa yang terjadi malam itu…sebelum abah masuk tidur, abah menghantar atok di katil, dan tika itulah, atok mengeluh, “ aku nak mati dah kot…”…tersentak semua kami yang mendengarnya… abah cuba menenangkan atok sedaya mungkin sebelum masuk ke bilik untuk tidur..

    Sebelum tidur, atok bercakap sendirian…namun, jelas kedengaran di telingaku setiap patah yang disebutnya… “ Pintu semua dah kunci, tingkap, dapoq gas…”..tiba-tiba, ku dengar atok mengeluh panjang…. “ Huuuuhhhh….anak2 jauh tak penah tanya kabaq, anak dekat ni ja la nak tumpang duduk pon..ya ALLAHHHH…..”… dan serta merta jugak, hatiku sayu, menangis dengar keluhan atok….mungkin atok rindukan pak ngah yang tinggal agak jauh dan jarang pulang ke kampong…namun, sehingga begitu keluhan atok, mungkin tak terbendung lagi rindu ibu tua ini pada anaknya…saat itu juga, ku azam dalam diri, tak akan mensia-siakan ibundaku tercinta…aku akan berkorban segalanya demi kasih sayang pada mak yang terlalu banyak berkorban pada aku selama ini…

    Malam itu, hampir setiap jam atok terjaga…kerna dia tak tahan untuk membuang air…aku menemaninya sehingga dia tidur semula…namun, kepalaku mula pening kerana belum sempat mata terlena, aku dikejutkan semula….bermacam yang dipintanya, air, torchlight dan macam2 lagi..ada ketika aku bosan dan mula hilang sabar kerna tidurku terlalu terganggu….kepala semakin pening…namun, kuturuti jua permintaannya walau dalam keterpaksaan…

    Tepat jam 4, aku terjaga…belum sempat mata terlena sebenarnya…aku terdengar suara atok yang agak lemah..dia seperti keletihan yang amat…seperti seorang yang termengah2 selepas berlari jauh…aku memanggil atok…dia menjawab, dan berkata..dia tak tahan sakit…dia nak makan ubat…mulanya aku berat menunaikan kehendaknya, kerna selepas isyak tadi, dia baru makan ubat…tapi, melihatkan keadaannya yang agak ‘kronik’…aku ke dapur menyapu 2 keping roti dengan jam strawberi…untuk mengalas perut atok sebelum makan ubat…tika itu, ku lihat jam di dapur..pukul 4.05pagi…dalam hati, kerisauan menerjah…semalaman aku belum dapat tidur…dengan pening kepala yang mula datang, aku risau keadaanku waktu kerja keesokan harinya…namun, ku yakinkan diri dengan pertolongan Allah di sisiku…

    Sambil makan roti, ku amati wajah tua itu sedalam mungkin…menitis air mata mengenangkan atok… “ dia juga ibarat ibuku sebenarnya…tanpanya, masakan aku lahir ke dunia ini… Atok, teringin anem nak cium pipi atok…pada menyatakan rasa sayang ini pada atok…” bisik hati kecilku sendirian….tiba-tiba, atok keluarkan RM20 dari kocek bajunya…menghulurkannya padaku… “ Nah, tok sedekah duit ni kat anem…kesian kat anem…”.. “Takpala tok…simpan dulu..nanti-nanti pon boleh bagi..”.. “Nahlaa..tok nak bagi siap-siap…”… tersentak jugak aku dengan ape yang atok cakap…fikiran mula berfikir yang bukan-bukan… “ kenapa atok nie..?? tadi cakap pasal mati…ni plak, macam esok dah tak ade..” bisik hati ini lagi…aku mula takut….mmg sebelum ni, tak penah atok mengigau seteruk malam tu…lain macam gayanye…aku mula risau…

    Selepas makan ubat, atok mula tidur dengan lena…tapi, aku tak dapat lelapkan mata…aku risaukan ‘kepelikan’ atok malam itu…adakah atok akan pergi?..tinggalkan kami buat selama-lamanya..?? “Takkk….tak boleh…aku belum sempat melafaz kata sayang pada atok….aku belum sempat jadi cucu yag baik utk atok…atok tak boleh pegi..” jerit hati aku sndirian, sambil dihujani air mata…aku takut nak tidur…nak duduk di sisi atok…aku takut andai aku buka mata keesokan harinya, atok pergi tinggalkan aku….tika itu juga, teringat aku pada bait2 lagu ‘lafaz yang tesimpan’…tiada lagi ertinya pengucapan, andai akhir nafas di hujung helaan…. “ Atok..anem sayang atok..sayang sangat..jangan tinggalkan anem…” aku seperti hendak mengejut atok yang mula lena dalam tidurnya…namun….

    Astaghfirullahal’azim…kenapa aku boleh berfikir sejauh itu..? kenapa ku izinkan bisikan syaitan menguasai diri aku..???….andai kematian yang ALLAH tentukan…siapa aku untuk menghalangnya…?? ku istighfar banyak2 dan menenangkan hati saat itu..aku tak boleh fikir yang bukan2…segalanya mungkin kebetulan….ku lihat jam di handphone.. pukul 4.35pagi…aku kena dan perlu tidur sementara ada masa sebelum pagi menjelang…
Ku mula melelapkan mata…menghilangkan segala keresahan di jiwa…..

    Alhamdulillah, tika mata kubuka pagi itu, kulihat atok masih ‘ada’…aku mengejutkannya untuk solat subuh…ternyata…atok tak ingat apa yang terjadi pada mlamnya…seolah baru terjaga dari lena yang panjang…

    Ku panjatkan doa agar umur atok dipanjangkan andai itu yang terbaik buat dirinya…ku berazam…akan berbakti pada atok selagi dia masih ada…dan aku tidak mahu menyesal andai dia pergi suatu hari nanti, aku tidak sempat menyatakan rasa sayang cucu ini pada dia, atok yang ku sayang…

Img_0081_1

~ hargailah orang yang kita sayang selagi mereka masih ada di depan mata dan hormatilah mereka yang lebih tua, kerna suatu hari, kita juga akan merasai apa yang mereka rasai~

Comments (3) »

ASIFF JIDDAN, SAHABAT…=(

Saat dan tika ini..aku sendirian di rumah, lantaran adik-adikku ke sekolah seperti rutin harian biasa..mak dan abah pulak kebetulan ‘outstation’ ke langkawi semalam… disebabkan itulah, keberadaanku di rumah saat ini diperlukan bagi menjaga kedua adikku yang masih dibangku sekolah…

Jika kepulanganku semalam tidak diperlukan, aku pastinya bersama sahabat2 di kolej menghadapi saat-saat akhir persiapan ‘jamuan’…istilah yang sudah difahami dan sebati di jiwa ahli gerakan kampusku…ku singkap semula sedari awal, aku memang meminta izin untuk ‘excuse’ ke jamuan kali ini…kerna tarikh latihan industri ku di Hospital Pakar Metro Sungai Petani bertindih dengan tarikh berlangsungnya jamuan…oleh itu, semestinya aku tidak dapat hadir keseluruhan jamuan…tambahan lagi, bab 1 tesis ku belum betul-betul ‘complete’…sedang rakan-rakan yang lain telah menghantar hard copy mereka kpd penyelia masing-masing utk disemak sblm diedit dan dihantar secara rasminya…

Namun, entah kenapa 2 hari sebelum paper terakhirku tempoh hari, hati ini terlalu kepingin untuk hadir ke jamuan…banyak yang aku fikirkan…mungkin juga kerna saat itu, aku baru berpisah dengan seorang sahabat jua kakak paling aku sayang, kak ony…aku cuba menghitung, jika aku tak hadir pada jamuan kali ini, pastinya tidak akan aku jumpa sahabat2 final year utk kali terakhir mereka bersama-sama mengendalikan program J…tambahan pula, tiada liqa’ terakhir sebelum tarikh tiketku pulang ke rumah…

Malam itu, aku ber ‘message’ dengan seorang sahabat, menyatakan rasa sedihku akan perpisahanku dengan kak ony…lalu dia membalas… ‘ kau mungkin kehilangan kakak terbaik, tapi aku kehilangan abang, adik dan kakak sekaligus..’…sayu hatiku membaca pesanan ringkasnya…tak terfikir aku sejauh itu…mungkin kerna aku hanya rapat dengan kakak dan adik2…dan kebanyakan yang akan ‘pergi’, hanya kakak dan adik..tidak terasa sangat ‘pemergian’ mereka, abang2 yang selama ini tunggak dalam kepimpinan J…

Saat itu, ku terasa diri terlalu kerdil…siapa lagi tunggak harapan yang akan tinggal menerajui kepimpinan selepas ini..??..siapa lagi ‘kakak jua abang’ yang tinggal, seterusnya akan mengambil alih segala ‘tempat rujukan’ adik-adik yang masih ‘keliru’ jua ‘mentah’ dalam dunia perjuangan…??..segala persoalan bermain di benakku…siapa lagi kalau bukan genarasiku..??…Astaghfirullah al’azim…ku koreksi diri…ku cari sedikit kekuatan jua keyakinan yang masih berbaki dalam diri ini…mampukah aku memegang ‘title’ kakak pada adik2 ku..? mampukah aku menjadi semantap kakak jua abang dan sahabat-sahabat yang selama ini ku kagumi kemantapan ilmu jua kepimpinan mereka.?..ku tak punya jawapannya…

Namun, malam itu juga, ku pinta pendapat sahabat tadi tentang kehadiranku ke jamuan, lantaran tesis dan tiket yang telah aku beli awal untuk pulang ke rumah…dia meminta aku berkorban walau sedikit masa utk ke jamuan, kerna yang menjadi pelaksananya kali ini totally adik2…lantaran kakak2 sibuk dengan tesis, viva dan segala urusan akademik yang tidak kurang aulanya..lalu dia menawarkan, akan ‘sponsor’ tiketku pulang ke Penang selepas menghadiri jamuan, lantaran tiket awal yang terpaksa di ‘burn’kan jika aku menghadiri jamuan…saat itu, menitis airmataku menyedari ketulusan jua pengorbanan sekeping hati suci…kerna ku tahu, keadaan kewangan sahabatku itu yang nyata lebih ‘sempit’ berbanding diriku…masihkah aku mahu berkira-kira utk hadir ke jamuan, hanya disebabkan harga tiket yang terpaksa dilayangkan begitu sahaja..?..oh Tuhan..terima kasih kerna hadirkan aku sahabat yang mungkin secara tidak sengaja menyedarkan aku tentang erti perjuangan dan pengorbanan sebenar…apalah sangat harga yag aku bayar dengan harga sebuah pengorbanan suci demi menegakkan Deen Mu yang tertinggi…

Teringat aku pada kisah kemurahan hati sahabat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..Sayidina Uthman bin Affan…tika kemarau melanda bumi Mekah, ramailah para peniaga dan pemborong mengambil kesempatan menaikkan harga barang dagangan sehingga kepada barang keperluan harian lantaran hasil tanaman penduduk yang tidak menjadi…disebabkan hal tersebut, ramai penduduk tidak dapat membeli kerna harga yang diletakkan terlalu tinggi.. berganda-ganda berbanding biasa…

Tampillah suatu hari, Sayidina Uthman dengan barang dagangannya yang berada di atas sejumlah ratusan unta, pastinya dengan nilai yang terlalu tinggi, mengumumkan di khalayak ramai di pasar.. “ Siapa yang sanggup memborong barang daganganku dengan harga 700 kali ganda…??..” lalu terkejutlah para pedagang yang hadir…ada yang menyangka Sayidina Uthman tidak siuman meletakkan harga yang terlalu tinggi itu, dan ada yang berkata “ Walau sebijak mana pun seorang peniaga, tidak mampu mengembalikan pusingan modalnya jika membeli dengan harga 700kali ganda”..lalu, Sayidina Uthman kembali bersuara.. “ Jika tiada hamba Allah yang mahu membeli barang dagangan tersebut…aku infakkan semuanya kepada fakir miskin di seluruh pelusuk negara..”…Terkejut Sayidina Abu Bakar mendengar bicara sahabatnya itu..hanya dengan membalikkan telapak tangan, segala miliknya hilang…namun, ternyata firman Allah di dalam surah Al-Baqarah(2):261 menjadi pilihan jawapan bagi Sayidina Uthman Affan … “ Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui”…Masya Allah…

Saat itu juga, ku koreksi diri…walau diri tidak mampu menjadi semulia sahabat Nabi, tapi cukuplah dengan harga tiket itu, ku korbankan ia demi kehadiranku ke jamuan…lantaran tesis pula, aku telah merancang untuk menyiapkannya sepanjang cuti ini..walau mungkin dengan kesibukan ‘praktikal’ dari 8 hingga 5, akan ku curi masa untuk tesisku, segalanya dengan izin drNya jua…moga bukan kecil pengorbanan, tapi nilai suci keikhlasan yang Allah pandang jua ganjarkan..sedari saat itu, hatiku nekad untuk hadir ke jamuan…semangat untuk bergerak kerja menerjah tiba2…mungkin terlalu rindu pada suasana dan biah semasa bergerak kerja, kerna dalam sebulan kebelangan ini, program J mula menyepi dan di ‘bekukan’ buat sementara waktu, kerna memberi laluan kepada semua ahli menumpukan perhatian pada jihad akademik…

Aku mula berjumpa seorang pimpinan, juniorku..bertanya perkembangan jamuan dan menawarkan diri untuk menyumbang dan menampung mana yang lompang…lalu aku diletakkan dalam ‘posisi’ bengkel..kerna aku ada sedikit pengalaman dalam bidang itu…ku terima segalanya dengan hati yang lapang jua terbuka…setelah habis exam, ku bercadang berjumpa mereka yang melaksana…agar mudah ku tahu segala perkembangan… namun, langit tidak selamanya cerah…keesokan paginya, sebelum menduduki exam terakhir, ku terima panggilan dari abah..mengatakan aku perlu pulang ke rumah kerna kebetulan kedua mak dan abah menghadiri kursus di langkawi…ohh Tuhan…hikmah apakah yang Kau sembunyikan….hingga nekad dan azamku terpaksa ku lupakan…menangis juga hati ini, mengenang ketidakupayaanku mengubah suatu keadaan..namun, ku akur…ketentuanMu lebih bermakna mengatasi segalanya..permintaan ayah bonda tidak mampu ku tolak…terus ku hubungi sahabat menyatakan keterpaksaanku pulang ke pangkuan keluarga…walau berat, namun, dia menerimanya…kerna kami tahu, ada hikmah di sebaliknya…

Kerna itulah saat ini, ku terkenang sahabat2 dan adik2 yang mungkin terkontang-kanting menyediakan persiapan untuk jamuan…paling hatiku sayu, aku tidak dapat bertemu dengan sahabat2 tahun akhir yang akan meninggalkan sesi pengajian selepas ini…entah bila akan ada pertemuan ke sekian kali..??…ku rindu kalian…ASIFF JIDDAN kerna mungkin dalam ketidakupayaanku ini, ku melepaskan tanggungjawab pada jemaah, juga agama…ampunkan hambaMu ini, Ya Rabb…

Tika ini juga, terimbau kembali saat suka duka tika bersama kalian semua mengharungi mehnah dalam perjuangan di medan kita…walau medan ini kecil…tidak sepayah dan se-gah medan perjuangan para nabi, tapi inilah sunnah perjuangan…walau kecil pengorbanan kita dalam perjuangan ini, bukan hasilnya yang Allah pandang..tapi usaha kita menabur budi jua ‘memberi’ dalam medan sekecil perjuangan kampus…
Bagaimana untuk ku lalui lorong sempit perjuangan ini, tanpa suluhan cahaya sokongan dari kalian, duhai sahabat…semangat ini kian luntur mengenang jumlah para pejuang yang kian sedikit menelusuri tiap generasi…namun, jua sunnah orang berjuang…yang sedikit tidak bererti lemah…yang banyak tidak bererti kuat…buktinya dari selembar seerah peperangan badar…mengungkap kasih jua kekuasaanMu, Yang Maha Berkuasa..

Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, thabatkan hatiku pada agamaMu, ketaatan terhadapMu, jua jihad di jalanMu…

Buat kalian sahabat seperjuangan….ku doa hati kita sentiasa thabat dalam menelusuri jalan dakwah…doakan hati-hati sahabatmu yang ‘tinggal’ ini teguh dan utuh walau dengan seberat mehnah jua ujian dalam mengharungi hidup seorang pejuang…
Moga Allah janjikan pertemuan yang lebih bererti buat kita..walau mungkin bukan di dunia ini, tapi insyaALLAH…di jannahNya kelak….ameen….

Salam ukhuwwah lestari selamanya buat semua sahabat seperjuanganku…dulu, kini dan selamanya…. “SUNNAH ORANG BERJUANG”…khas buat kalian….

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Di pisah dia berkelana
Di belenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap maha memburu cinta
Membara demi Allah dan rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Itulah sunnah berjuang ke jalan Allah

Berjuang memang pahit
Kerana syurga iu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana atau syurga

Img_0779_2

Img_0776

Comments (6) »